HARI GAWAI
Hari gawai disambut oleh suku kaum dayak di Sarawak pada malam 31 Mei pada setiap tahun seperti Pesta Kaamatan juga di sabah, Hari Gawai merupakan hari yang merayakan pesta menuai padi. bagi masyarakat Iban, pesta gawai ini boleh dikatakan merupakan Tahun Baru bagi mereka.
pada malam 31 Mei, kesemua penghuni rumah panjang akan berkumpul di "ruai" untuk menanti detik jam 12 tengah malam. apabila tiba detik jam 12 tengah malam, mereka akan minum air tapai, atau apa sahaja jenis air. Ini sebenarnya boleh dikatakan sebagai air panjang umur atau dalam bahasa ibannya dikenali sebagai " ai pengayu" dimana sebelum minum air tersebut mereka perlulah berdoa supaya mereka akan mendapat kehidupan yang lebih baik pada tahun baru tersebut (hari gawai).
Dulu, apabila sampai detik 12 malam, ada sesetengah individu akan berlari ke arah air sungai dan mandi pada waktu tengah malam. Mereka akan memakai pakaian yang buruk kerana baju yang mereka pakai itu haruslah dibuang. mandi ini bertujuan untuk membuang dan meninggalkan segala kekotoran dan juga segala perbuatan yang tidak baik ditahun yang lalu supaya menjadi lebih baik dan bersih ditahun yang baru.
namun pada zaman kini, hanya segelintir sahaja yang masih berlari dan mandi apabila masuk detik 12 malam (pada 31mei) tersebut.

No comments:
Post a Comment