Wednesday, 10 June 2015

Lama sudah tidak berkongsi cerita disini..

Jadi, pada kali ini, nak berkongsi serba sedikit hidup sebagai seorang perantau di negeri orang demi menimba ilmu juga demi menunaikan impian kedua-dua orang tua.


Saya sebenarnya merupakan seorang gadis  “kampungan” yang datang dari kawasan pendalaman. Mungkin kampung saya bukanlah terperuk sangat dari celah-celah bandar, tapi, keadaan jalan raya yang tidak berturap dan masih tanah merah dan becak lagi disamping hutan rimba yang masih tebal menjadikan kampung saya agak terpencil. Ditambah lagi dengan masalah pengakutan yang tidak selalu ada.

Kenapa saya tidak malu menggelarkan diri saya sebagai seorang gadis “kampungan”? kerana, saya sentiasa sedar kedudukan saya sendiri bahawa saya merupakan seorang gadis yang tinggal di kampung, yang dulunya hidup susah. (sekarang punkampung kami masih terpencil dari pemodenan ; misalnya tiada bekalan air paip Cuma bergantung kepada air sungai. Dan tiada bekalan elektrik, dan bergantung kepada penggunaan “generator” sahaja.) dengan minyak yang sangat mahal sekarang, menjadikan tidak semua rumah/bilik di rumah panjang kami terang benderang dengan cahaya lampu (lampu yang bernyala apabila enjin generator dihidupkan) pada waktu malam. Tetapi, ramai yang menerangi “ruai” dan bilik hanya dengan pelita sahaja kerana itulah yang termampu.

Dahulu, saya sering mengikuti kedua-dua orang tua saya pergi menoreh getah. Hal ini berlarutan sehingga saya berada di semester ke 3 di universiti kerana pada waktu itu, harga getah masih lagi mendatangkan hasil yang lumayan. Orang tua saya akan turun menoreh awal pagi.. selalunya jam 5.30 atau jam 6, sementara saya akan turun pukul 8 pagi ke kebun getah untuk menghantar bekal kepada kedua orang tua saya dan selepas itu turut membantu menoreh mana-mana pokok getah yang belom ditoreh. Penat.. tapi saya sangat suka kerana apabila menjual getah yang telah diproses, saya akan diberikan upah oleh ayah..

Tapi, keseronokan itu tidak lagi terasa apabila saya sudah menjejakkan kaki ke universiti. Hal ini kerana, saya berasa sangat bersalah kepada orang tua saya. Tatkala rakan-rakan sebaya saya (yang sama sekolah dahulu) sudah bekerja dan membantu ibu bapa dalam soal belanja, sedangkan saya masih lagi ditanggung oleh kedua-dua ibu bapa saya. Oh ya.. saya mempunyai seorang abang.. tapi, dia tidak betah duduk dirumah. Jadi, yang ada dirumah hanya saya, ibu, dan bapa saya sahaja. Sebab itu saya menjadi seorang anak yang sangat manja.


Pertama kali saya mengetahui bahawa saya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di IPTA di semenanjung, hati saya berkata bahawa saya tidak mahu pergi. Saya menyuarakan rasa hati saya kepada ibu. Tapi ibu kata”pergilah. Mungkin nasib kita akan jadi lebih baik suatu hari nanti”. Saat itu, saya benar2 ingin menangis. Saya tahu saya tidak akan betah berjauhan dengan mereka. Kerana sejak kecil sampai usia saya mencecah 20 tahun, saya tidak pernah lagi berjauhan dengan mereka apatah lagi untuk tempoh yang lama... 

Setelah berfikir banyak kali, dan nasihat dan juga kata-kata dari kedua-dua orang tua, saya pun bersetuju. Pada saat itu, saya rasa sedih sangat. Kerana saya rasa, saya telah banyak membebankan kedua-dua orang tua saya dengan menggunakan wang mereka hanya untuk kegunaan saya seorang. Bila ibu tahu saya berfikir begitu, dia pun ketawa. Katanya, nanti saya boleh bagi dia senang, kalau saya sudah berjaya... aduhhh... kenapa ibu bapa begitu baik dengan kita, anak-anaknya? <3 ahhahah.. persoalan bodoh yang saya utarakan kepada diri sndiri.. 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Saya dihantar oleh ayah ke KL. Bila hari pendaftaran di kolej kediaman, saya berasa sangat janggal.. saya tidak selesa kerana semua muka yang saya lihat, semua muka baru. Setelah menghantar saya, ayah pun balik semula ke sarawak.

Disinilah bermulanya cerita saya dengan kehidupan di kampus.. tidak indah sangatLAH seperti dalam drama tv. Ahahhaha... saya mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Nasib agak baik kerana terjumpa senior yang sama berasal dari sarawak, sama area.. dia sangat baik dan peramah. Dialah yang membawa kami berjalan di sekitar kawasan yang famous untuk budak2 u(terutamanya) seperti Mid Valley, Times Square, Sungai Wang. Saya sangat seronok. Tapi, seperti biasa, setiap hari saya akan menghubungi mak ayah . bila call aje, saya lebih suka untuk berbual dengan mak.. sebab saya boleh bercerita dari A-Z apa yang saya buat dan apa yang saya alami.. Kalau dengan ayah, dia hanya jawab “uwm..” tak pun “jaga diri”.. ahahha.. . nak je cakap rindu.. tapi malu.. ahahhaha... 

Makanya, di sini saya mendapatkan beberapa orang kawan baru.. :) 

gambar ini diambil sempena penilaian kami bagi subjek Seni Persembahan dengan Dr. Rahmah.
Saya, Alen, Cili, Lia. :)

gambar bersama coursemate diambil semasa kuliah akhir kelas 2D dengan En. Jeff..


kenangan semasa kami sekelas pergi membuat lawatan ke Balai Seni Visual Negara.. pergi beramai tapi gambar yang ada ni je.. :)



team teater - KTLZ sewaktu berjalan-jalan ke Taman Burung.. waktu ni Hari Wilayah Persekutuan KL. harga tiket masuk, murah. :) RM1 aje rasanya.

meraikan hari konvo akak-akak dan abg senior bersama-sama budak2 borneo. :)

coursemate.

exchange student from Yunan, China... :D

sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.. lain kali, jika ada kelapangan saya menulis lagi...


Lin,
semester 6 (final year student).